:: beritaniaga.com ::

Warren Buffett: Ke-2 Terkaya di Dunia
Membaca adalah anjuran Islam sejak awal lagi wahyu diturunkan kepada Rasulullah. Ini menunjukkan bahawa Islam sangat menitik beratkan ilmu dan menganjurkan kita untuk mencari ilmu.

Buku di atas saya beli semasa berkunjung ke Popular, Kurang satu hari sudah berjaya menghabiskannya. Bahasa yang digunakan sangat mudah, penyampaiannya santai dan diselitkkan unsur-unsur humor.

Mengapa saya cadangkan buku ini? Ini kerana antara perkara pertama yang saya dapat kesan setelah membaca buku ini adalah “Sikap orang yang Super-Berjaya adalah sama”. Buku ini menceritakan tentang bagaimana , lelaki kedua terkaya di dunia menguruskan berpuluh-puluh syarikat-syarikatnya yang bernilai lebih RM600billion. Teknik konvensional yang digunakan ternyata berjaya walaupun mungkin dilihat ortodok oleh sesetengah golongan Gen-Y masa kini. Pengamatan saya juga mendapati, jutawan-jutawan Muslim yang berjaya di Malaysia juga mempunyai nilai yang sama dengan Warren. There are no accidents in this world. Acuan untuk berjaya, kaya dan disayangi oleh orang-orang di sekeliling kita adalah sama, dan rahsianya ada di dalam buku ini.

Antara yang disentuhnya adalah tidak berhutang di dalam memulakan bisnes. Perkara ini adalah asas utama di dalam setiap perniagaan yang baru. Seperti kata mentor saya, “Mulakan dengan apa yang ada di tangan.”

Saya yakin dengan izin Allah, tip-tip yang dimuatkan di dalam buku ini jika diaplikasikan dengan betul akan dapat mengubah cara kita menguruskan bisnes sedia ada. Malah ia juga boleh digunapakai dalam kehidupan sehari-sehari di pejabat dan dalam urusan rumahtangga.

Tahniah kepada PTS kerana telah menterjemahkan karya asal ke Bahasa Melayu. Moga lebih ramai yang dapat memanfaatkan kandungan buku ini.

Kami mendoakan penterjemah buku ini mendapat pahala yang tertinggi di sisi Allah atas usahanya untuk memandaikan bangsa. Amin.

Sinopsis:

“Buku Rahsia Pengurusan Warren Buffett ini memberi kita panduan yang unik dan mudah bagi diikuti. Buku ini menerangkan bagaimana Warren Buffett menguruskan hidup, bisnes dan pengurus-pengurus yang membantunya menguruskan 233 000 orang pekerja Berkshire Hathaway di seluruh dunia.

Melalui penelitian seluruh kerjaya dan hidup Warren, dari awal kehidupannya sehingga kini, Buffett dan Clark membongkar rahsia terbesar Warren Buffett yang dapat membantu kita seperti proses bagaimana Warren membuat keputusan dan membongkar strategi-strategi beliau dalam mengekalkan fokus dan menentukan yang usahanya tidak tersasar dari matlamat yang ingin dicapai.”

Salam Success!! & Wassalam..

Pendapatan Tukang Kasut
Pendapatan Tukang Kasut Cecah RM5,000 Sebulan

ALOR SETAR, 18 Feb (Bernama) — Siapa sangka seorang tukang kasut boleh memperoleh pendapatan hampir sama dengan pegawai kerajaan, malah mungkin lebih tinggi daripada gaji seorang kakitangan yang berkelulusan ijazah.

Tinjauan Bernama di Jalan Selamat, di tengah-tengah bandaraya Alor Setar, mendapati rata-rata tukang kasut di situ memperoleh pendapatan antara RM2,000 dan RM5,000 sebulan.

Terdapat sekurang-kurangnya 12 tukang kasut mencari rezeki di situ dan setiap tukang kasut mempunyai pelanggan tetap.

PENDAPATAN

Seorang tukang kasut yang ditemui, Ahmad Mohtar Baharom, 54, berkata dia kini memperoleh pendapatan kira-kira RM5,000 sebulan hanya dengan mengambil upah membaiki kasut.

Dia berkata tidak ramai yang percaya dengan pendapatan yang mampu diperolehinya itu kerana masyarakat beranggapan pendapatan mereka hanyalah umpama ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

“Sebelum ini saya bekerja dengan kerajaan tetapi disebabkan saya tidak boleh bekerja di bawah arahan orang, jadi saya berhenti kerja dan memulakan perniagaan ini secara serius.

“Berbekalkan kemahiran membaiki kasut yang ada semasa belajar di universiti dulu, saya memulakan perniagaan membaiki kasut, walaupun pada masa itu pendapatan yang saya terima hanya sekitar RM30 sehari.

“Saya sentiasa berfikiran positif dan berani menerima cabaran untuk memastikan kerjaya itu mencapai kejayaan. Saya tidak berputus asa dan meneruskan juga pekerjaan ini sehingga hari ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Ahmad Mokhtar yang merupakan graduan Diploma Seni Bina dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan memiliki Ijazah Seni Bina dari University of Melbourne, Australia berkata semasa belajar di UiTM, dia bekerja sementara sebagai tukang kasut bagi menampung kos belajar dan mengumpul wang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.

“Jadi apabila saya berhenti kerja, saya memulakan perniagaan ini dan sekarang ini saya boleh menarik nafas lega dengan perniagaan ini,” katanya yang memperoleh pendapatan antara RM200 dan RM300 sehari.

PERKHIDMATAN

Ahmad Mokhtar berkata dia turut menaiktaraf perkhidmatan perniagaan itu dengan membuat kasut bagi orang kurang upaya (OKU) selain mengambil kontrak membaiki kasut untuk pasukan badan beruniform di sekolah-sekolah sekitar Alor Setar, jabatan kerajaan dan syarikat swasta.

Beliau yang telah bekerja sebagai tukang kasut selama 15 tahun berkata selain perkhidmatan membaiki, dia turut menyediakan perkhidmatan mengilat, menjual aksesori kasut dan kasut terpakai.

“Kini kami mahu dikenali dengan gelaran ‘Shoes Master’ atau pakar kasut dan tidak lagi ‘tukang kasut’ kerana mahu mengangkat martabat kerjaya ini di kalangan masyarakat,” katanya.

PANDANGAN RAMAI

Ahmad Mokhtar berkata dia tidak peduli dengan pandangan orang ramai tentang pekerjaannya.

“Apa yang penting pendapatan saya ini halal di sisi agama dan saya tidak mengganggu hidup orang lain. Kalau asyik memikirkan tentang pandangan orang lain, tentu saya tidak boleh berjaya seperti hari ini,” katanya.

Seorang lagi tukang kasut, Ahmad Daud, 45, berkata dia mula membaiki kasut sejak 20 tahun lepas dan memperoleh pendapatan kira-kira RM3,000 sebulan.

Walaupun sudah berumur 45 tahun, tetapi sehingga kini dia masih membujang kerana cintanya pernah ditolak dengan alasan pekerjaannya tidak mampu untuk membina sebuah keluarga.

“Menjadi tukang kasut perlu banyak bersabar kerana ada juga masyarakat berpendapat kami ini penagih dadah. Mungkin mereka beranggapan begitu kerana kami ini hanya seorang tukang kasut.

“Saya harap agar pekerjaan saya ini mendapat layanan yang sama rata dengan pekerjaan lain dan masyarakat dapat mengubah pemikiran mereka bahawa kerjaya membaiki kasut bukanlah pekerjaan yang hina,” katanya.

PINJAMAN BANK

Ahmad berkata dia pernah memohon untuk membuat pinjaman bank bagi meluaskan perniagaannya, tetapi permohonannya tidak pernah diterima. Perkara itu turut diakui oleh kawannya, Ahmad Mokhtar.

Beliau berkata persaingan dalam industri membaiki kasut tidak banyak kerana rata-rata tukang kasut di kawasan itu sudah mempunyai pelanggan tetap.

“Mungkin juga disebabkan pandangan rendah orang ramai terhadap pekerjaan kami menyebabkan orang lain tidak memilih untuk menjadi tukang kasut,” katanya yang memberitahu dia membuka kedai kasutnya setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 7 malam.

PANDANGAN.

Jadilah tukang kasut berstatus moden, insyallah tanggapan lama & lapuk pasti akan berubah dan mungkin merubah masa depan anda juga! dengan sedikit idea kreatif dan berkonsepkan kedai moden.. insyallah anda pasti berjaya!

sumber: bernama.com

FIAT MONEY
DUIT KERTAS FIAT SECARA SEMULAJADINYA DICIPTA DENGAN INTEREST PENYEBAB INFLASI

Ini satu lagi hakikat yang mesti difahami. Ia amat berbeza dengan sistem kewangan Islam. Namun saya belum berkesempatan untuk menghuraikan lanjut bagi mengelakkan artikel ini menjadi terlalu panjang.

Dalam sistem konvensional hari ini, setiap duit yang dikeluarkan adalah dianggap barang dagangan (komoditi) yang mesti menghasilkan keuntungan dengan sendirinya. Mereka percaya cara mendapatkan keuntungan adalah melalui interest yang dikenakan kepada peminjam.

Ini amat bertentangan dengan Islam yang menghalalkan keuntungan dicapai melalui proses jual beli. Mengapa berbeza?. Kerana proses jual beli memberikan ruang pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh, membuka peluang kerja, peluang supplier barangan, pembekal pasir, kontraktor, pembekal kertas dan ramai lagi akan mendapat manfaat dari proses penghasilan keuntungan melalui jual beli. Sangat berbeza dengan pemikiran konvensional yang ingin menghasilkan duit dari pinjaman duit.

Bagi mereka duit dan wang dengan sendirinya adalah komoditi, ia adalah ibarat sebuah rumah, minyak petrol dan gas, kereta, lembu atau ayam yang boleh menghasilkan duit samada dengan menyewakannya, menjual atau meminjamkan. Ia mesti membawa hasil pulangan.

Sekali lagi ditegaskan, setiap wang kertas fiat yang dikeluarkan oleh bank atau sesebuah kerajaan dilahirkan dengan interest di sebaliknya atau bersamanya, sejak dari mula asal usul penciptaannya.

Beginilah, katalah ENCIK ROBIN satu-satunya manusia berdikari yang ingin menggunakan wang kertas fiat di Bandar Gotham. Hanya ada sebuah bank di Bandar Gotham, iaitu bank D. (contoh ini adalah bersifat fiction tetapi ia hanya untuk memberi tambahan kefahaman bagaimana sistem bank mencipta wang kertas, riba bersamanya dan kesannya jumlah keseluruhan wang kertas dalam pasaran)

Tiada sebarang wang kertas dalam pasaran dunia Gotham ketika itu. Kini En Robin memerlukan wang sebanyak Gotham Dollar 2000. Permohonan kepada bank dibuat, bank mencipta wang yang diminta dari ‘thin air’ dari angin tanpa sebarang sandaran. Dipinjamkannya kepada En. Robin Gotham Dollar 2000 itu dengan interest sebanyak Gotham Dollar 500.

Masalahnya, dalam pasaran dunia itu, wang yang wujud hanyalah Gotham Dollar 2000 sahaja kerana itulah duit pertama yang dicipta oleh Bank di Bandar Gotham. Justeru, bagaimana En Robin ingin mendapatkan lagi Gotham Dollar 500 untuk menyelesaikan interest kepada bank D sedangkan tidak wujud Gotham Dollar yang lain selain 2000 yang baru dicipta tadi.?

Jawapnya, Robin terpaksa pergi kepada Bank D sekali lagi, kali ini ingin meminjam Gotham Dollar 500 pula kerana berhasrat ingin menyelesaikan hutangnya dengan interest. Bank memberi pinjam Gotham Dollar 500 tetapi sekali lagi ia dikeluarkan dengan interest, kali ini sebanyak Gotham Dollar 50.

Sudah tentu sekali dan berjuta kali lagi en Robin akan di bank yang sama membuat perkara yang sama dan hutangnya juga akan selesai. Itulah sistem kewangan dunia hari ini. Mereka mengganggap setiap duit yang tercipta mesti membawa pulangan. Bezanya, terdapat ramai yang meminjam dan banyak bank yang menyediakannya bermula dari Bank Negara.

Itulah yang berlaku, dan itulah asas duit kertas fiat. Dicipta asalnya oleh Bank Negara dan dipinjamkan kepada bank-bank komersial yang lain dengan interst, kemudian bersandarkan sistem FR dan money multiplier tadi, ia berkembang biak dalam pasaran sesebuah negara dan mengalir ke luar negara.

Pihak bank negara pula mengesahkan wang kertas fiat tadi mempunyai nilai untuk membayar segala jenis hutang awam dan swasta. Itulah status legal tender yang tercatat di matawang kertas kita dan USD hari ini.

HUKUM WANG KERTAS FIAT & PANDANGAN ULAMA

Telah dsebutkan tadi wang kertas fiat tidak disandarkan kepada apa jua precious metal, ia tidak punyai nilai sendiri dan hanya bersandar kepada kepercayaan dan tanggapan umum terhadapnya.

Selain itu, ia juga dilahirkan bersama interest, nilainya sentiasa mengecut akibat inflasi dari sistem fractional reserve. Jika itulah keadaannya, apakah hukumnya?

Bagi menentukan hukumnya, para ulama cuba melihat adakah wang kertas fiat ini sama seperti emas atau tidak?.

Sistem penciptaan wang kertas fiat sebegini juga dilihat TIDAK ADIL sama sekali buat setiap individu yang berusaha. Bayangkan individu yang berusaha keras lalu berjaya, dan mempunyai simpanan berbillion ringgit Malaysia.

Tiba-tiba akibat kepercayaan antarabangsa kepada Ringgit Malaysia jatuh, nilai dan kuasa beli yang dimiliki oleh RM turut akan jatuh merudum, inilah proses hyperinflation yang berlaku kepada Zimbabwe sekarang. Jikakalau keadaan ini berlaku kepada Malaysia ( moga dijauhkan Allah), dan jikalau individu berjaya tadi masih tidak menukarkan wang kertas fiat yang tersimpan di banknya kepada aset berharga seperti emas, perak dan properties, SUDAH TENTU NILAI BERBILLION TADI MENJADI BEBERAPA RINGGIT SAHAJA. Adakah sistem MATAWANG SEBEGINI baik, maju lagi hebat?

Tidak sama sekali, malah inilah sistem yang membenarkan usaha keras dirompak oleh sesiapa sahaja! Inilah yang belaku kepada negara kita apabila George Soros melambakkan wang Ringgit sehingga jatuh nilainya begitu deras.

Selagi kita terus dengan sistem ini, selagi itulah kita boleh diugut oleh negara kaya, malah individu kaya turut boleh menjatuhkan nilai ringgit kita dalam masa satu minit.!! Tidak keterlaluan jika saya katakan, sistem wang kertas fiat adalah SATU PERANGKAP yang dibuat oleh negara barat, dalam masa yang sama mereka juga terperangkap oleh perangkap yang dicipta mereka.

Jikalau matawang kita berasaskan emas dan perak yang punyai nilai tersendiri dan tidak bersandar kepada kepercayaan dan keyakinan serta persepsi umum terhadap ekonomi negara kita. Adakah masalah yang disebut tadi akan berlaku?. InshaAllah tidak.

Ibn Sina pernah berkata :-

Ertinya : Ini adalah dari hikmah yang dikurniakan Allah pada dua jenis logam ini (emas dan perak) dan kesukaran menemuinya (scarcity) sehingga itu ia mampu menjadi penyandar nilai usaha manusia (sebagai perolehan dan matawang),..maka jikalau boleh sifat kedua-duanya (emas dan perak) itu diperolehi dengan mudah (secara tidak hakiki seperti apa yang ada pada matawang fiat kertas), maka akan terbatallah hikmah penciptaannya oleh Allah, dan banyaklah yang boleh memilikinya sehingga menyimpannya(memilikinya) tidak sebarang erti.

Tamadun Islam tidak pernah menghadapi masalah inflasi yang teruk kerana emas dan perak sentiasa mampu mendapat tempat di hati manusia. Oleh kerana kewujudan emas dan perak yang terhad, itulah hikmah yang menjadikan nilainya sentiasa kekal.

Jika berlaku sedikit inflasi di zaman pemerintahan Islam, ia adalah kerana wang-wang sampingan iaitu wang bernama fulus terlebih sebaran di dalam pasaran.

Fulus adalah duit sampingan untuk transaksi kecil. Ia pernah dicipta di zaman pemerintahan Islam, ia dibuat dari bahan murah seperti campuran besi dan tembaga tanpa nilai tersendiri yang tinggi. Nilainya ditetapkan oleh kerajaan, ia menjadi popular dan tersebar di zaman Al-Malik An-Nasir sekitar tahun 806, sebelum itu semua zaman pemerintahan Islam hanya menggunakan EMAS dan PERAK sahaja sebagai matawang utama.

Menurut Prof. Dr Ali Muhyiddin Al-Qurrah Daghi, fulus sesuai disamakan keadaannya dengan matawang fiat kertas di zaman ini kerana kedua-duanya tiada nilai tersendiri.

Imam Asy-Syafie pernah menolak tindakan menjadikan logam selain emas dan perak sebagai matawang. Malah beliau amat tegas sehingga menolak sebarang qiyas terhadap emas dan perak. Namun ulama mazhab Syafie berpendapat qiyas dalam hal ini masih wujud sekiranya ia mempunyai ‘illahathman ( store value ).

Melalui persidangan dan mesyuarat Majlis Fiqh Antarabangsa, para ulama dengan bantuan pakar ekonomi dan kewangan kontemporari berijtihad secara jama’aie dalam menentukan kedudukan wang kertas fiat ini.

Adakah ia sama hukumnya seperti emas dan perak walaupun ia tidak punyai nilai fizikal tersendiri (intrinsic value) atau ia bagaimana?

Setelah diskusi panjang lagi teliti dan terperinci pada tahun 1986, lalu petikan keputusan mereka adalah [ nombor 31 ( 3/9) ] :-

Ertinya : Berkenaan hukum wang kertas fiat : Ia adalah matawang pada hukumnya disebabkan padanya terdapat sifat nilai harga yang lengkap, dan oleh itu semua hukum hakam yang ada pada emas dan perak adalah jatuh kepada wang kertas fiat seperti hukum berkaitan riba, kewajiban zakat, jual beli secara salam, dan seluruh hukum emas dan perak. (qararat wa tawsiat, Majma Al-Fiqh Al-Islami, hlm 40 )

Keputusan untuk mengaplikasikan hukum emas dan perak ke atas wang kertas fiat ini adalah bertepatan dengan pandangan Umar al-Khattab. Khalifah Umar pernah berhasrat menjadikan kulit kerbau sebagai matawang, tetapi ia membatalkannya kerana bimbang akan ada yang pinjam meminjam kerbau maka jatuh kepada riba. Ini beerti Umar melihat apa sahaja yang dijadikan matawang walaupun selain emas dan perak, hukum riba masih tetap ada padanya.

Demikian juga apa yang disebut oleh Imam Malik bin Anas :-

Ertinya : “Sekiranya orang ramai membenarkan sesama mereka untukmenjadikan kulit sebagai dibentuk menjadi wang, nescaya akan aku larang ianya dijual dengan emas dan perak secara tangguh”.

Ia jelas menunjukkan pendirian Imam Malik bin Anas, dan boleh kita adaptasikan pandangannya dengan wang kertas fiat hari ini.

Jika kita kembali merujuk dan melihat kepada cara penciptaan matawang fiat (yang telah disebutkan di atas) ini sudah tentu hukum penggunaannya adalah HARAM disebabkan cara penciptaannya.

Namun setelah para ulama melihat kepada faktor cengkaman ekonomi dunia kontemporari di tangan bukan Islam dan keperluan mendesak untuk penggunaan matawang fiat disebabkan ketiadaan alternatif di hadapan mata sepeti matawang dinar emas dan sebagainya. Majlis Fiqh antarabangsa yang dianggotai ulama fiqh terhebat dari seluruh dunia secara sepakat membenarkan penggunaannya namun dengan syarat ia mestilah mengikuti displin dan syarat yang sama dengan hukum atas emas dan perak. Ini kerana ia tetap berfungsi sebagai medium of exchange dan masih boleh menjalankan fungsi-fungsi duit di zaman moden ini walalupun tidak sesempurna emas dan perak fizikal.

Fahamilah, fatwa mestilah bersifat praktikal atau ‘jejak di atas muka bumi dan tidak terawang di angkasa’. Memang boleh bagi para ulama untuk menfatwakannya sebagai haram, namun apakah alternatif yang ada di hadapan mata di ketika ini. Kita juga mengetahui bahawa fatwa para ulama bukannya dinilai begitu berat oleh pemimpin politik negara-negara umat Islam sehingga dengan segera mereka akan memperkenalkan dinar emas. Justeru itu, atas dalil hajiat, umat Islam diberikan keringanan untuk bermuamalat dengan wang kertas fiat ini namun MESTILAH MENGIKUT DISPLIN emas dan perak.

sumber: weblog ust. zaharuddin

Windows Xp
Kali ini akan dibahas bagaimana cara me-repair Windows Xp. Repair windows memiliki keunggulan dari pada harus install ulang seperti data-data yang ada di sistem masih tetap utuh dan program-program yang terinstall di computer juga masih tetap. Dengan me-repair windows kita juga akan mempersingkat waktu, karena jika install ulang maka program yang ada termasuk driver harus di install ulang lagi. Jika program yang ada sangat banyak, maka akan menghabiskan waktu cukup lama.

Kesalahan yang sering terjadi ketika ingin me-repair Windows XP adalah ketika muncul pilihan / menu installasi pertama kali, kita memilih Repair Using Recovery Console, sehingga yang tampil adalah aplikasi/window Command Prompt. Memang fitur ini bias digunakan untuk memperbaiki beberapa error, tetapi yang kita inginkan adalah memperbaiki keseluruhan file-file sistem windows XP bukan dengan command prompt.

Langkah-langkah cara me-repair Windows XP :

1. Sebelumnya menjalankan langkah dibawah, pastikan BIOS komputer di set agar urutan booting pertama kali adalah CDROM dan catat Serial Number Windows XP.

2. Masukkan CD Intallasi Windows XP, kemudian restart (reboot) komputer.

3. Ketika muncul tulisan “Press any key to boot from CD”, tekan sembarang tombol di keyboard.

4. Windows Setup akan melanjutkan dengan me-load file-file yang diperlukan dari CD.

5. Setelah itu akan tampil “Welcome to Setup”, maka tekan ENTER (pilihan pertama).

6. Setelah itu akan tampil Windows XP Licensing Agreement”

7. Tekan tombol F8 ( I Agree ) untuk melanjutkan

8. Windows Setup akan mencari apakah sudah ada Installasi Windows XP.

9. Jika sudah ada Installasi Windows XP, maka akan ditampilkan dalam daftar. Jika tidak ada, maka tidak akan bisa me-repair Installasi Windows XP ( harus install ulang) Jangan diteruskan jika belum tahu.

10. Setelah ditemukan, maka dipilih (select) Windows XP yang di inginkan dan tekan tombol R untuk me-repair Installas windows XP tersebut.

11. Tunggu sampai selesai sampai komputer minta restart.

12. Setelah restart, dan muncul menu Press any key to boot from CD maka jangan tekan tombol apapun. Ikuti kelanjutan proses repair sampai selesai.

Setelah selesai dan komputer restart, maka Installasi windows XP sudah berhasil di perbaiki, dan program/aplikasi yang sudah ada, driver hardware dan data akan tetap ada dan apabila berjalan normal maka proses repair windows xp tadi yang anda lakukan berhasil.

Selamat Mencoba!

Hello world!
Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!