Membaca adalah anjuran Islam sejak awal lagi wahyu diturunkan kepada Rasulullah. Ini menunjukkan bahawa Islam sangat menitik beratkan ilmu dan menganjurkan kita untuk mencari ilmu.
Buku di atas saya beli semasa berkunjung ke Popular, Kurang satu hari sudah berjaya menghabiskannya. Bahasa yang digunakan sangat mudah, penyampaiannya santai dan diselitkkan unsur-unsur humor.
Mengapa saya cadangkan buku ini? Ini kerana antara perkara pertama yang saya dapat kesan setelah membaca buku ini adalah “Sikap orang yang Super-Berjaya adalah sama”. Buku ini menceritakan tentang bagaimana , lelaki kedua terkaya di dunia menguruskan berpuluh-puluh syarikat-syarikatnya yang bernilai lebih RM600billion. Teknik konvensional yang digunakan ternyata berjaya walaupun mungkin dilihat ortodok oleh sesetengah golongan Gen-Y masa kini. Pengamatan saya juga mendapati, jutawan-jutawan Muslim yang berjaya di Malaysia juga mempunyai nilai yang sama dengan Warren. There are no accidents in this world. Acuan untuk berjaya, kaya dan disayangi oleh orang-orang di sekeliling kita adalah sama, dan rahsianya ada di dalam buku ini.
Antara yang disentuhnya adalah tidak berhutang di dalam memulakan bisnes. Perkara ini adalah asas utama di dalam setiap perniagaan yang baru. Seperti kata mentor saya, “Mulakan dengan apa yang ada di tangan.”
Saya yakin dengan izin Allah, tip-tip yang dimuatkan di dalam buku ini jika diaplikasikan dengan betul akan dapat mengubah cara kita menguruskan bisnes sedia ada. Malah ia juga boleh digunapakai dalam kehidupan sehari-sehari di pejabat dan dalam urusan rumahtangga.
Tahniah kepada PTS kerana telah menterjemahkan karya asal ke Bahasa Melayu. Moga lebih ramai yang dapat memanfaatkan kandungan buku ini.
Kami mendoakan penterjemah buku ini mendapat pahala yang tertinggi di sisi Allah atas usahanya untuk memandaikan bangsa. Amin.
Sinopsis:
“Buku Rahsia Pengurusan Warren Buffett ini memberi kita panduan yang unik dan mudah bagi diikuti. Buku ini menerangkan bagaimana Warren Buffett menguruskan hidup, bisnes dan pengurus-pengurus yang membantunya menguruskan 233 000 orang pekerja Berkshire Hathaway di seluruh dunia.
Melalui penelitian seluruh kerjaya dan hidup Warren, dari awal kehidupannya sehingga kini, Buffett dan Clark membongkar rahsia terbesar Warren Buffett yang dapat membantu kita seperti proses bagaimana Warren membuat keputusan dan membongkar strategi-strategi beliau dalam mengekalkan fokus dan menentukan yang usahanya tidak tersasar dari matlamat yang ingin dicapai.”
Salam Success!! & Wassalam..
Continue Reading






